Sebagai seorang warganegara Malaysia, walaupun Cina, saya telah didik dalam Bahasa Malaysia dari darjah satu. Dari dahulu, Bahasa Malaysia telah mejadi sebahagian daripada hidup saya dan semua kawan-kawan Cina saya dan kami diwajibkan untuk menpelajari dan menguasai Bahasa Malaysia.
Ini mejadikan kami fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan lohgat-lohgat Cina tersendiri. Kami selalunya dipuji oleh kawan-kawan Cina dari negeri China, Taiwan dan Singapura kerana penguasaan bahasa kami.
Dalam masa dekat 40 tahun mengenali Bahasa Malaysia, saya dapati Bahasa Malaysia pada masa kini makin tidak semacam Bahasa Malaysia lagi. Bahasa Malaysia telah mejadi bahasa "rojak" yang telah dicampur aduk dengan perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan lain-lain.
Bahasa Malaysia telah hilang ketulenannya (originality). Saya dapati semua orang Malaysia, termasuk Melayu pun adakala tidak ingat perkataan-perkataan dalan Bahasa Melayu (BM) yang digunakan.
Satu contoh yang meyebabkan saya jatuh dari kerusi bila saya nampak dan dengar perkataan "karaktor" digunakan dalam satu rancangan TV1 (Malaysia). Adakah perkataan ini betul Bahasa Malaysia?
Jadi, saya mulakan blog ini untuk menyiarkan perkataan-perkataan "Bahasa Malaysia" yang saya dapati lucu dan bolehlah anda semua comment dan memberikan perkataan Bahasa Malaysia yang "ori" untuk generasi yang akan datang untuk merujuk.
Blog ini akan menyiarkan satu perkataan baru tiap-tiap hari.